Monday, November 28, 2011

contoh komen report latihan industri


  
CADANGAN \KOMEN KEPADA FIRMA 

Sepanjang saya menjalani latihan industri, saya mendapati bahawa syarikat
Jurukur masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki untuk memantapkan lagi mutu serta kualiti. Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan yang perlu diambil perhatian untuk dipertimbangkan oleh syarikat. Antara cadangan saya adalah seperti berikut :

1.    Penyelia latihan industri haruslah berbincang dengan pelajar praktikal mengenai tugas-tugas yang boleh dilakukan supaya penyelia dapat mengetahui tahap kemampuan yang terdapat pada pelajar praktikal.

2.    Melaksanakan perancangan yang tersusun khasnya kepada pelajar praktikal
dengan menyediakan jadual latihan yang lebih teratur agar lebih banyak perkara yang dapat dipelajari dan mengelakkan dari tertumpu pada satu tugas sahaja dalam suatu masa.

3.    Apabila staf-staf dalam syarikat sedang membincangkan sesuatu kerja, pihak syarikat perlulah membenarkan pelajar industri turut serta dalam perbincangan tersebut agar pelajar industri mengetahui perkara yang dibincangkan di samping menambah pemahaman dalam kerja tersebut.

4.    Menetapkan masa yang sesuai untuk pertanyaan dan perbincangan kepada pelajar praktikal dengan staf syarikat tanpa menganggu kerja-kerja mereka. .

5.    Menambah bidang ukur yang baru iaitu GIS (Geographical Information System) kerana penggunaannya dapat meningkatkan produktiviti dalam penghasilan peta topografi.

6.    Pihak syarikat haruslah menghantar pelajar praktikal menyertai kursus-kursus ukur yang difikirkan patut agar pelajar praktikal dapat menimba pengalaman yang berguna. .

7.    Memberi peluang kepada pelajar praktikal untuk menguruskan data-data ukur dengan melakukan pemprosesan data dalam program perisian ukur serta belajar format-format menghasilkan pelan dengan menggunakan AutoCAD.

8.    Akhir sekali, saya ingin mencadangkan pihak syarikat agar membenarkan pelajar praktikal mengendalikan sepenuhnya kelengkapan kerja luar bagi
membolehkannya merasai pengalaman kerja ukur yang sebenar.

9.    Daripada cadangan-cadangan yang saya utarakan di atas tersebut, saya berharap agar pihak firma dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan cadangan-cadangan tersebut serta mengambil tindakan yang sewajarnya. Justeru, ini dapat meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam bidang ukur tanah



CADANGAN \KOMEN KEPADA POLITEKNIK

Bagi menjayakan sesuatu kerja,persiapan dan persediaan dari semua aspek amatlah penting bagi mencapai atau menghasilkan nilai kualiti sesuatu latihan industrI itu malah persiapan dari segi mental dan fizikal seseorang pelajar itu amatlah penting.

1.    Penguasaan bahasa terutamanya penguasaan bahasa inggeris amatlah penting sejajar dengan teknologi masa kini yang memerlukan penguasaan bahasa inggeris sepenuhnya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak tidak kira dalam bidang professional sebaliknya. Pihak politeknik perlu menekankan kepentingan penggunaan bahasa inggeris di dalam aktiviti harian kelas. Pihak politeknik juga perlu mewajibkan kepada setiap pelajar bukan sahaja lulus dengan baik malah dapat berkomunikasi dengan lancar dalam penggunaan bahasa inggeris ini.

2.    Latihan Industri pada semester akhir iaitu ke empat bagi peringkat sijil dan semester ke enam bagi peringkat diploma.  Ini adalah kerana terdapat segelintir pelajar politeknik yang ditawarkan pekerjaan tetap oleh firma atau organisasi selepas mereka menjalani latihan industri, namun terpaksa ditolak oleh pelajar kerana belum tamat pengajian.  Peluang pekerjaan yang ditawarkan dengan jawatan yang baik mungkin dapat membantu pelajar untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

3.    Tempoh Latihan Industri dipanjangkan kepada enam (6) bulan.  Dengan pemanjangan tempoh ini, saya merasakan ianya dapat memperbanyakkan lagi pengalaman dan pengajaran mengenai kehidupan bekerja atau sebaliknya.  Jika tempoh latihan ini dikekalkan seperti sedia ada pelajar tidak akan mengalami sesuatu perkara yang baru dan menganggap latihan ini dilakukan hanya untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan Sijil atau Diploma.

Wednesday, November 23, 2011


tiada apa yang mampu ku lakukan melainkan hanya duduk di sini..


tiada apa yang mampu ku katakan melainkan hanya berdiam diri..


tiada apa yang mampu ku dengarkan melainkan hanya suara hati ini..


tiada apa yang mampu ku fikirkan melainkan hanya derita di lubuk 

hati..


tiada apa yang mampu ku berikan melainkan hanya tubuhku ini..


tiada apa yang mampu ku tangisi melainkan apa yg sedang berlaku 

kini..


tiada apa yang mampu ku nyatakan melainkan apa yang tertulis di

sini..

alhamdulillah!!



Wahai wanita solehah, 
jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, 
lirikan senyuman, 
pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. 
Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu.
 Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. 
Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, 
InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

Friday, November 11, 2011

pesan untuk kekasih..

Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

Thursday, November 3, 2011

datangla...


Q : Ustaz, kenape ye hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa

 sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu!. 

Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? 

Kadang² bila bangun 

pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu tapi

 tak tau rindu pada siapa..



A (Ustaz Azhar Idrus) : PERKARA BIASA.


 HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS,




HANYA  LELAKI SEJATI YANG MAMPU 




MENJADI PENAWAR... :-)


sumber: sini

* cepat la dtg pemilik rusuk kiriku..

tragedi oktober

dulu dgr cte retiss je.. nyanyi lagu TRAUMA tup tup kne kat batang idung sendiri..
sekarang diri sendiri yang merasa... 
suke sgt nyanyi lagu tragedi oktober kn.. 
ni la jadinye..
klik cni jgn klik cni


* dgn harapan november nie merubah segalanya..




Tuesday, November 1, 2011

kembali berbelog???


aku akan kembali berbelog bila taman-taman dalam hati ini tumbuh semula..
sekarang ni musim kemarau...
dh jd gurun sahara dh ati aku ni...

::ok byep::