Monday, November 28, 2011

contoh komen report latihan industri


  
CADANGAN \KOMEN KEPADA FIRMA 

Sepanjang saya menjalani latihan industri, saya mendapati bahawa syarikat
Jurukur masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki untuk memantapkan lagi mutu serta kualiti. Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan yang perlu diambil perhatian untuk dipertimbangkan oleh syarikat. Antara cadangan saya adalah seperti berikut :

1.    Penyelia latihan industri haruslah berbincang dengan pelajar praktikal mengenai tugas-tugas yang boleh dilakukan supaya penyelia dapat mengetahui tahap kemampuan yang terdapat pada pelajar praktikal.

2.    Melaksanakan perancangan yang tersusun khasnya kepada pelajar praktikal
dengan menyediakan jadual latihan yang lebih teratur agar lebih banyak perkara yang dapat dipelajari dan mengelakkan dari tertumpu pada satu tugas sahaja dalam suatu masa.

3.    Apabila staf-staf dalam syarikat sedang membincangkan sesuatu kerja, pihak syarikat perlulah membenarkan pelajar industri turut serta dalam perbincangan tersebut agar pelajar industri mengetahui perkara yang dibincangkan di samping menambah pemahaman dalam kerja tersebut.

4.    Menetapkan masa yang sesuai untuk pertanyaan dan perbincangan kepada pelajar praktikal dengan staf syarikat tanpa menganggu kerja-kerja mereka. .

5.    Menambah bidang ukur yang baru iaitu GIS (Geographical Information System) kerana penggunaannya dapat meningkatkan produktiviti dalam penghasilan peta topografi.

6.    Pihak syarikat haruslah menghantar pelajar praktikal menyertai kursus-kursus ukur yang difikirkan patut agar pelajar praktikal dapat menimba pengalaman yang berguna. .

7.    Memberi peluang kepada pelajar praktikal untuk menguruskan data-data ukur dengan melakukan pemprosesan data dalam program perisian ukur serta belajar format-format menghasilkan pelan dengan menggunakan AutoCAD.

8.    Akhir sekali, saya ingin mencadangkan pihak syarikat agar membenarkan pelajar praktikal mengendalikan sepenuhnya kelengkapan kerja luar bagi
membolehkannya merasai pengalaman kerja ukur yang sebenar.

9.    Daripada cadangan-cadangan yang saya utarakan di atas tersebut, saya berharap agar pihak firma dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan cadangan-cadangan tersebut serta mengambil tindakan yang sewajarnya. Justeru, ini dapat meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam bidang ukur tanah



CADANGAN \KOMEN KEPADA POLITEKNIK

Bagi menjayakan sesuatu kerja,persiapan dan persediaan dari semua aspek amatlah penting bagi mencapai atau menghasilkan nilai kualiti sesuatu latihan industrI itu malah persiapan dari segi mental dan fizikal seseorang pelajar itu amatlah penting.

1.    Penguasaan bahasa terutamanya penguasaan bahasa inggeris amatlah penting sejajar dengan teknologi masa kini yang memerlukan penguasaan bahasa inggeris sepenuhnya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak tidak kira dalam bidang professional sebaliknya. Pihak politeknik perlu menekankan kepentingan penggunaan bahasa inggeris di dalam aktiviti harian kelas. Pihak politeknik juga perlu mewajibkan kepada setiap pelajar bukan sahaja lulus dengan baik malah dapat berkomunikasi dengan lancar dalam penggunaan bahasa inggeris ini.

2.    Latihan Industri pada semester akhir iaitu ke empat bagi peringkat sijil dan semester ke enam bagi peringkat diploma.  Ini adalah kerana terdapat segelintir pelajar politeknik yang ditawarkan pekerjaan tetap oleh firma atau organisasi selepas mereka menjalani latihan industri, namun terpaksa ditolak oleh pelajar kerana belum tamat pengajian.  Peluang pekerjaan yang ditawarkan dengan jawatan yang baik mungkin dapat membantu pelajar untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

3.    Tempoh Latihan Industri dipanjangkan kepada enam (6) bulan.  Dengan pemanjangan tempoh ini, saya merasakan ianya dapat memperbanyakkan lagi pengalaman dan pengajaran mengenai kehidupan bekerja atau sebaliknya.  Jika tempoh latihan ini dikekalkan seperti sedia ada pelajar tidak akan mengalami sesuatu perkara yang baru dan menganggap latihan ini dilakukan hanya untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan Sijil atau Diploma.

2 comments:

Anonymous said...

It's the best time to make some plans for the future and it is time to be happy. I have read this post and if I could I desire to suggest you few interesting things or suggestions. Maybe you can write next articles referring to this article. I desire to read even more things about it!

Here is my weblog Payday Loans

Dyra Fazidi said...

dyra ambik buat rujukan . thanks na . follow dyrafazidi.blogspot.com